Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Pelajar Brunei di Australia selamat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Semua pelajar Negara Brunei Darussalam yang pada masa ini berada di Wilayah Queensland, Australia, yang dilanda banjir kilat, dilaporkan dalam keadaan yang selamat.

    Keadaan pelajar-pelajar berkenaan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

    Banjir kilat telah melanda beberapa kawasan wilayah berkenaan sejak 26 Februari lalu berikutan hujan lebat yang turun sejak beberapa hari sebelum itu.

    Menurut kementerian itu, laporan yang diterima daripada Atase Pendidikan di Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Canberra, Australia menyatakan bahawa setakat ini empat orang pelajar telah secara tidak langsung terkesan dengan kejadian tersebut apabila kawasan berhampiran tempat kediaman mereka dinaiki air. 

    Walau bagaimanapun, tempat-tempat kediaman para pelajar berkenaan tidak terjejas memandangkan ia terletak di kawasan yang tinggi.

    Dalam perkara ini, Kementerian Pendidikan melalui Atase Pendidikan di Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Canberra, Australia akan sentiasa memantau keadaan keselamatan dan kesejahteraan para pelajar yang pada masa ini menuntut di Queensland, Australia. 

    Oleh itu, para ibu bapa serta keluarga pelajar tidak perlu merasa cemas dan khuatir dengan kejadian tersebut.

    Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan kesejahteraan pelajar di sana termasuk pelajar-pelajar yang menuntut di negara-negara lain, ibu bapa dan penjaga pelajar boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan semasa waktu pejabat di talian 2380019 atau menghantar e-mel ke scholarship@moe.gov.bn.

    Rumah-rumah yang terletak dekat tebing Sungai Clarence yang semakin naik di Grafton, 130km dari bandar New South Wales pada 1 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...