BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Pelajar Brunei Darussalam telah memenangi Anugerah Merit dalam Special Mention bagi Kategori Poster pada Perkhemahan Alam Sekitar Remaja 2022 anjuran Temasek Foundation–National University of Singapore (TF-NUS) bermula 20 sehingga 26 November lalu di Singapura.
Delegasi Brunei terdiri daripada lima orang pelajar dari pusat tingkatan enam telah menghasilkan poster kemenangan dan kertas projek penyelidikan bertajuk A Fragile Ecosystem: Rainforest of the Ocean semasa perkhemahan itu.
Pelajar terdiri daripada Dayangku Nur Basyirah binti Pengiran Mohd Noor Joffren, Dayang Noor Zulaikha binti Muhammad Zulhilmi, Dayang Miza Hannani binti Haji Hazren, Awang Alvin Teo Kui Thian dan Awang Muhammad Nabil Aiman bin Haji Idham Khalid telah diiringi dua guru pembimbing.
Kategori lain seperti pembentangan mengenai alam sekitar turut dipertandingkan semasa perkhemahan tersebut dengan usaha sama pelajar-pelajar lain dari negara-negara ASEAN.
Selain itu, perkhemahan turut diisikan dengan aktiviti kuliah, bengkel amali, learning journeys dan pembentangan projek pelajar mengenai ‘Jejak Karbon’.