Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Pelajar cacah tatu kod bar COVID-19 di lengan

    ROM, 22 OGOS – Seorang pelajar berusia 22 tahun di Itali menjadi sensasi internet selepas mencacah tatu kod bar sijil COVID-19 di lengannya.

    Andrea Colonnetta berkata beliau tidak terlalu memikirkan perkara itu sebelum mencacah tatu, tetapi memilih sesuatu yang praktikal selepas bercakap dengan artis tatu, Gabriele Pellerone.

    “Sudah tentu ini sesuatu yang asli, saya suka yang berbeza,” kata Colonnetta, dari bandar selatan Reggio Calabria, kepada akhbar Corriere della Calabria. Bahagian bawah lengan kiri Colonnetta kini mempunyai matriks kotak hitam dari kod QR Pas Hijau rasmi Itali bagi mengesahkan seseorang sudah menerima dos lengkap vaksin COVID-19.

    Pas itu menunjukkan bukti status vaksinasi koronavirus atau sudah pulih daripada jangkitan virus atau diuji negatif dalam tempoh 48 jam. Sebagai lanjutan kepada sijil digital COVID EU, ia diwajibkan di Itali sejak 6 Ogos lalu untuk masuk ke pawagam, muzium atau makan di restoran.

    Colonnetta, yang sudah lengkap imunisasi, berkata kod bar itu berfungsi ketika memasuki McDonald’s dan dia hanya mengangkat lengannya untuk membolehkan tatu itu diimbas. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...