Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Pelajar cemerlang Maktab Duli dirai

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Maktab Duli

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Pelajar-pelajar cemerlang dan yang berjaya menamatkan pengajian diraikan dalam Majlis Hari Anugerah Akademik dan Konvokesyen Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) yang berlangsung di Dewan Indah, Peak Performance Sdn Bhd, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil dan anugerah kepada para pelajar yang diraikan ialah Pemangku Pengarah Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, Awang Shahrizal bin Haji Emran.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Peringkat Kebangsaan, Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi; Pemangku Pengurus Besar Insurans Islam TAIB, Haji Shamsul bin Haji Muhammad, pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan, ibu bapa, penjaga serta pensyarah dari maktab berkenaan.

    Majlis itu juga dihadiri oleh Pengetua Maktab Duli, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad; Timbalan Pengetua Pentadbiran, Dayangku Zalina binti Pengiran Haji Aliuddin dan Timbalan Pengetua Akademik, Dr Mohd Zamri bin Haji Ismail.

    Pada majlis tersebut, Dayangku Hajah Nooramaliatifah menyampaikan ucapan tahniah kepada graduan-graduan Peperiksaan GCE A Level Oct/Nov 2021 dan semua penerima anugerah akademik yang mendapat keputusan cemerlang.

    Awang Mohammad Aiman bin Johari dan Candyce Liaw Chyia Chyi merupakan pelajar terbaik dalam peperiksaan Brunei Cambridge GCE A Level Oct/Nov 2021 dengan mendapatkan mata tarif 560 dengan 4A*.

    Keseluruhannya terdapat seramai 400 graduan yang layak dan daripada jumlah itu, 45 graduan telah menerima anugerah pencapaian cemerlang, 22 menerima anugerah special mention mengikut mata pelajaran serta dua menerima Anugerah Hostelite Pencapaian Cemerlang dalam Brunei Cambridge GCE A Level Oct/Nov 2021.

    Anugerah turut disampaikan kepada pelajar-pelajar menengah enam bawah 2021 di mana 20 menerima Anugerah Keseluruhan Terbaik bagi Peperiksaan Akhir Tahun Peringkat AS pada 2021 dan 34 orang menerima anugerah special mention mengikut mata pelajaran dalam Peperiksaan Akhir Tahun Menengah Enam Bawah Peringkat AS 2021.

    Dayangku Hajah Nooramaliatifah menyampaikan ucapan tahniah pada majlis yang berlangsung di Dewan Indah, Peak Performance Sdn Bhd, kelmarin.
    Awang Shahrizal menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima pada majlis yang berlangsung di Dewan Indah, Peak Performance Sdn Bhd, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...