Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar ceriakan Young Athletes Ribbon Day

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Sept – Sebanyak enam buah sekolah menyertai acara Young Athletes Ribbon Day 2017 anjuran Special Olympics Brunei Darussalam (SOBD) yang berlansung di Dewan Serbaguna Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di sini, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengerusi SOBD, Lt Kol (B) Pengiran Haji Rambli bin Pengiran Haji Bunut.

    Seramai 20 orang kanak-kanak antara 2 hinga 8 tahun dari setiap sekolah mengikuti acara ini iaitu  terdiri daripada Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah(TASKA), Rising Star Child Development, Freda Raden School, La Vida Berhad, Persatuan KACA dan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

    Antara gelagat para pelajar dari salah sebuah sekolah yang menyertai acara itu.

    Acara ini diadakan setiap tahun, bertujuan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menceburi dunia kesukanan, di samping memberi kesedaran tentang kepentingan sukan terhadap kesihatan.

    Selain dari itu, acara ini juga dapat memberi sokongan dan dorongan untuk kanak-kanak yang kurang upaya intelek untuk mengaktifkan diri dalam sukan, bukan sahaja dari sudut minda malahan dari sudut jasmani dan rohani.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda