Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Pelajar China duduki peperiksaan Gaokao

    BEIJING, 7 JUN – Jutaan pelajar China menduduki peperiksaan kemasukan kolej yang terkenal sukar kelmarin, yang pertama sejak negara itu menarik balik peraturan sifar-Covid yang memaksa pembelajaran dalam talian selama berbulan-bulan.

    Kementerian Pendidikan China berkata hampir 13 juta pelajar, satu rekod tertinggi, didaftarkan tahun ini untuk mengambil peperiksaan Gaokao yang disifatkan oleh media kerajaan sebagai ‘paling sukar di dunia’.

    Di Beijing, ibu bapa yang cemas berkumpul di sekeliling dewan peperiksaan ketika anak-anak mereka bersungguh-sungguh belajar, ramai yang memakai pakaian merah untuk membawa nasib baik.

    Zhang Jing, seorang ibu berusia empat puluhan, membandingkan dirinya dengan Bai Suzhen, watak dalam cerita rakyat Cina yang terkurung di dalam menara sehingga anaknya melepasi ujian penting.

    “Anak saya agak santai, saya rasa saya lebih gementar daripada dia,” kata Zhang, memakai qipao merah, pakaian tradisional Cina, kepada AFP.

    Pelajar meninggalkan sekolah selepas menamatkan peperiksaan pada hari pertama Peperiksaan Masuk Kolej Kebangsaan (NCEE), yang dikenali sebagai Gaokao di Beijing, 7 Jun. – AFP

    “Saya telah menemani anak saya dan mengajarnya belajar dari darjah satu sekolah rendah hingga tahun satu sekolah menengah,” katanya.

    “Selagi dia ada di rumah belajar, saya ada di sisinya,” tambahnya.

    Di Shanghai, ibu kepada dua anak, Chen Fang memberitahu AFP dia telah mengambil cuti kerja.

    “Saya fikir, ia merupakan hari yang besar untuk anak saya, jadi saya harus menjadi sebahagian daripadanya sebagai ibu bapa,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...