Sunday, December 15, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar di Filipina mulakan pembelajaran dari rumah

    MANILA, FILIPINA, 5 OKT – Semua pelajar di sekolah tinggi dan menengah di Filipina memulakan pembelajaran di rumah masing-masing hari ini selepas penularan wabak COVID-19 telah menjejaskan negara itu.

    Bagaimanapun, norma baharu tersebut telah memberi kesukaran kepada sebahagian keluarga yang sememangnya telah berdepan dengan kekangan kewangan untuk membayar yuran sekolah.

    Peralihan kepada pembelajaran jarak jauh ini merupakan satu kesukaran dalam logistik bagi negara Asia Tenggara yang dilanda kemiskinan yang telah lama kekurangan ruang kelas, guru dan peralatan pendidikan. Hampir 25 juta pelajar mendaftar tahun ini, kebanyakannya di 47,000 sekolah awam di seluruh negara terpaksa menjalani pembelajaran di rumah masing-masing dengan bantuan ibu bapa dan penjaga sebagai rakan guru.

    Sebilangan besar keluarga, terutama dari masyarakat miskin dan luar bandar, memilih untuk menggunakan bahan pembelajaran digital, bercetak atau ‘modul’ yang disediakan oleh kerajaan, yang akan dibaca oleh pelajar di rumah dengan bimbingan penjaga mereka sebelum menjalankan aktiviti yang ditentukan.

    Sebilangan besar mereka tidak memiliki komputer dan sambungan internet, tetapi guru mereka boleh menjawab soalan melalui telefon. Bagaimanapun, terdapat juga sebahagian keluarga lebih suka anak-anak mereka mendapat pelajaran dalam talian atau melalui siaran pendidikan radio dan TV.

    “Sistem ini mungkin tidak sempurna dan mungkin ada masalah ketika kita beralih kepada pembelajaran yang fleksibel … tetapi kita yakin bahawa Jabatan Pendidikan akan menangani cabaran ini,” kata jurucakap presiden Harry Roque. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda