SEBUAH sekolah kecil di kawasan pedalaman India telah mendapat perhatian baru-baru ini kerana kesemua 300 pelajarnya adalah ambidekstrus – berkebolehan menulis dengan kedua belah tangan. Data menunjukkan bahawa hanya satu peratus daripada populasi global adalah ambidekstrus, namun buat pengasas Sekolah Veena Vandini, di Madhya Pradesh, ingin mengubahnya, bermula dari peringkat tempatan.
Bekas tentera dan pengasas Sekolah Veena Vandini, VP Sharma, menyatakan bahawa dia terinspirasi daripada pemfokusan latihan ambidekstrus yang telah dilakukan oleh presiden pertama India, Rajendra Prasad (berada di pejabat dari tahun 1950 hingga 1962) yang merupakan ambidekstrus.
“Saya membaca artikel dalam sebuah majalah yang Dr. Rajendra Prasad adalah presiden pertama India yang dapat menulis dengan kedua-dua belah tangannya. Ia telah memberi inspirasi kepada saya untuk mencubanya,” kata Sharma. “Kemudian ketika saya membuka sekolah di kampung asal saya, saya cuba untuk mempraktikannya kepada para pelajar.”
“Kami mula melatih pelajar-pelajar dari standard I dan apabila mereka berada di standard III, mereka merasa selesa menulis dengan kedua belah tangan,” tambah Sharma. “Pelajar-pelajar standard VII dan VIII boleh menulis dengan cepat dan tepat. Selanjutnya, mereka boleh menulis dua skrip secara serentak. Pelajar-pelajar ini juga mengetahui beberapa jenis bahasa, termasuklah Urdu.”

Setiap kelas selama 45 minit di Veena Vandini, ia juga memasukkan latihan tulisan tangan selama 15 minit, agar setiap pelajar dapat membangunkan kemampuan mereka – iaitu menulis dengan kedua belah tangan mereka. VP Sharma juga percaya bahawa kemahiran yang lebih baik membolehkan para pelajar mempelajari pelbagai bahasa, dan mereka juga dapat menulis perkataan yang sama dalam pelbagai bahasa pada waktu yang sama. Walaupun ia dipercayai dapat membantu meningkatkan konsentrasi mereka, namun kajian terbaru mendapati bahawa ia adalah salah dan belajar untuk menjadi ambidekstrus boleh, sebenarnya, membahayakan pembangunan kognitif.
Kajian saintifik Amerika menunjukkan bahawa ketangkasan kanak-kanak ambidekstrus adalah lebih teruk jika dibandingkan dengan mereka yang menulis sebelah kiri sahaja atau kanan sahaja, terutamanya dalam matematik, ingatan, dan kefahaman berdasarkan logik. Satu kajian di Utara Finland menunjukkan bahawa kanak-kanak ambidekstrus boleh mengalami masalah pembangunan dan kesihatan mental, termasuklah ADHD, masalah bahasa dan akademik.
VP Sharma telah menubuhkan sekolah itu pada tahun 1999 di kawasan pedalaman Singrauli, daerah Madhya Pradesh.