Pelajar didakwa bunuh rakan sekolah

HELSINKI, 21 OGOS – Seorang pelajar yang membunuh rakan sekelas wanita semasa mengamuk di Finland tahun lalu akan didakwa atas tuduhan membunuh dan 20 tuduhan cubaan membunuh, kata pendakwa raya pada hari ini.

Lelaki itu, yang dilahirkan pada tahun 1994, menyerang rakan-rakannya yang bersenjatakan pedang dan pistol di Kolej Vokasional Savo di bandar timur Kuopio pada 1 Oktober tahun lalu.

Seorang pelajar warga Ukraine yang lahir pada tahun 1996, meninggal dunia akibat luka tikaman dan 10 orang lagi cedera termasuk seorang polis, kata pihak berkuasa pada masa itu. Pendakwa raya mengatakan perbicaraan kes itu akan bermula pada 8 September di Mahkamah Daerah Savo Utara.

Keganasan agak jarang berlaku di Finland, sebuah negara dengan penduduk berjumlah 5.5 juta orang. Bagaimanapun, dua insiden tembakan di sekolah pada akhir tahun 2000 mencetuskan kegemparan dan membawa kepada perubahan undang-undang senjata di negara itu. – AFP