Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar oleh Infofoto
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersabda menekankan akan pentingnya untuk terus gigih berusaha dengan penuh keyakinan diri untuk mencapai kecemerlangan masing-masing.
Ini kerana pelajar-pelajar merupakan aset paling berharga dan penerus kepada kesinambungan kemajuan dan pembangunan Negara masa akan datang.
Duli Yang Teramat Mulia selaku Penaja dan Pengerusi Jawatankuasa Pandu PENGGERAK bersabda demikian semasa berkenan berangkat membuat lawatan tidak berjadual ke dua buah sekolah kerajaan di ibu negara hari ini.
Dua sekolah tersebut ialah Sekolag Menengah Masin dan Sekolah Rendah Bengkurong.
Dalam sabda, Duli Yang Teramat Mulia juga menyentuh mengenai peranan utama yang perlu dimainkan oleh guru-guru dalam memastikan setiap pelajar diberi sokongan dan bimbingan yang diperlukan – (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)