Pelajar dilatih pasang AK-47

MOSCOW, 10 NOV – Lebih seratus pelajar sekolah di Rusia dilatih memasang AK-47 yang diadakan di sebuah taman di selatan Moscow semalam sempena meraikan ulang tahun ke-100 kelahiran Mikhail Kalashnikov, legenda pencipta senapang.

Ulang tahun yang disambut hari ini, diraikan dengan pelbagai acara termasuk pameran muzium, pendidikan patriotik dan biopik.

Puluhan kanak-kanak lelaki dan perempuan, yang memakai baju samaran, mengambil bahagian dalam pertandingan paintball dan memasang senapang Kalashnikov.

Menurut pengarah organisasi golongan muda Gvardia, Andrei Starykh, berkata sekurang-kurangnya 100 orang murid mengambil bahagian dalam acara Kalashnikov hari ini.

“Kanak-kanak di Rusia perlu tahu ‘kehidupan sebenar’ dan oleh itu mereka harus tahu cara memasang senjata teragung itu,” katanya.

Kalashnikov, yang meninggal dunia pada 2013 pada usia 94 tahun, diangkat sebagai wira kebangsaan dan simbol ketenteraan kebanggaan negara.

Senapang serangannya menjadi pilihan gerila dan kerajaan di seluruh dunia malah menjadi asas pendidikan ketenteraan di Rusia.

Lebih 100 juta senapang Kalashnikov sudah dijual di seluruh dunia dan sekitar 50 tentera menggunakan AK-47 termasuk di Iraq dan Somalia. – AFP

Kadet Rusia meletakkan bunga di patung Mikhail Kalashnikov, pencipta Rusia senapang AK-47, di pusat bandar Moscow kelmarin. – AFP