Pelajar dipaksa mengambil ujian dalam kekabutan

SEORANG pengetua sekolah di wilayah Henan, China baru-baru ini telah digantung kerana mengadakan ujian buat pelajar-pelajar muda di luar sekolah semasa kabut melanda kawasan itu sehingga kertas ujian mereka hampir tidak kelihatan, walaupun sekolah tersebut telah menerima arahan untuk menutup sekolah.

Pada 20 Disember lalu, seramai 480 pelajar dari No. 1 Middle School di bandar Linqi, Linzhou, terpaksa mengambil ujian mereka di padang bola sepak sekolah itu yang dilanda kabut. Gambar yang diambil oleh ibu bapa berkenaan yang bimbang kemudiannya dihantar kepada media tempatan yang menunjukkan kanak-kanak tersebut menghadapi kesukaran dalam menjawab kertas soalan ujian mereka, tetapi pengetua sekolah itu menyatakan bahawa kabut tidak ‘teruk’.

Malangnya bagi pengetua Feng Jisheng, gambar-gambar yang dihantar tersebut telah menggemparkan media sosial di China, menyebabkan penggantungan segera oleh suruhanjaya pendidikan bagi wilayah Anyang. Ternyata beliau telah mengabaikan surat pemberitahuan dari lembaga pendidikan tempatan tentang penutupan sekolah. Semasa bertemu dengan pemberita, beliau mengakui bahawa cuaca adalah ‘kabur’ pada masa ujian berlangsung, tetapi menyatakan bahawa kabut tersebut tidak ‘teruk’.

Walau bagaimanapun, ia bukan hanya gambar-gambar yang bercanggah dengan pendapat Jisheng, tetapi juga Indeks Kualiti Udara yang rasmi, di mana pada hari itu indeks kabut mencecah lebih 500, tahap ‘merah’ di mana pihak berkuasa mengesyorkan untuk tidak meninggalkan rumah kecuali benar-benar perlu.

Gambar yang diambil oleh ibu bapa berkenaan yang bimbang kemudiannya dihantar kepada media tempatan yang menunjukkan kanak-kanak tersebut menghadapi kesukaran dalam menjawab kertas soalan ujian mereka.
Gambar yang diambil oleh ibu bapa berkenaan yang bimbang kemudiannya dihantar kepada media tempatan yang menunjukkan kanak-kanak tersebut menghadapi kesukaran dalam menjawab kertas soalan ujian mereka.
Pelajar ketika mengambil ujian peperiksaan dalam keadaan yang berkabut.
Pelajar ketika mengambil ujian peperiksaan dalam keadaan yang berkabut.

Beliau berfikir bahawa mengadakan ujian bagi anak-anak muda itu selama empat jam dalam suasana kabut itu adalah suatu syarat keperluan.

Di utara China yang begitu ketat terhadap sistem pembelajarannya, guru-guru telah mengadakan sesi pembelajaran melalui live-streaming (secara langsung) dalam satu kelas kosong yang mana murid-murid dapat melihat sesi pembelajaran itu dari rumah mereka sahaja. Dengan cara ini, mereka tidak ketinggalan, di samping memastikan keselamatan kanak-kanak.

Shanghaiist melaporkan bahawa walaupun tindak balas hebat di media sosial, dan penggantungan sementara itu, Feng Jisheng tidak mungkin kehilangan kerja berhubung kejadian itu.