Thursday, December 7, 2023
23.5 C
Brunei

    -

    Pelajar dipukul rakan hingga mati

    LAS VEGAS, 16 NOV – Seorang pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun di Las Vegas dipukul hingga mati di lorong di sekitar kampus oleh 10 rakan sekolah yang berumur antara 13 dan 17 tahun, pergaduhan yang telah diatur sebelumnya yang menurut pihak berkuasa tercetus disebabkan sepasang fon kepala dan pen vape.

    Namun polis homisid, Jason Johansson berkata detektif berpendapat mangsa pada asalnya tidak sepatutnya terlibat dalam pergaduhan itu, yang dipersetujui oleh pelajar akan berlaku selepas kelas selesai pada hari itu di Sekolah Tinggi Rancho di timur Las Vegas.

    Jonathan Lewis Jr. berjalan ke lorong bersama rakannya, di mana fon kepala dan pen vape miliknya telah dicuri, kata Johansson.

    Kejadian pada 1 November itu telah dirakam dalam video telefon bimbit dan dikongsi secara meluas di media sosial.

    Dalam video itu, mangsa dilihat menanggalkan bajunya untuk bersiap sedia menghadapi pergaduhan, dan kemudian 10 pelajar itu ‘segera mengerumuninya, menariknya ke tanah dan mula menendang, menumbuk dan memijaknya.’ – AP

    Bunga diletakkan untuk memperingati pelajar yang dipukul hingga mati di Sekolah Tinggi Rancho di timur Las Vegas pada 15 November 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Empat Rohingya terbunuh di Bangladesh

    BANGLADESH, 6 DIS – Empat orang pelarian Rohingya terbunuh dalam kejadian tembak-menembak antara dua kumpulan pemberontak di kem pelarian Bangladesh, kata polis hari ini. Bangladesh...