Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Pelajar, guru ikuti teori, praktikal keselamatan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Dengan matlamat untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada warga sekolah mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal, Unit Perhubungan Awam, Cawangan Operasi D, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah mengadakan latihan kebakaran dan mengosongkan bangunan di Sekolah Rendah Sungai Siamas pada 27 Jun lalu.

    Seramai 155 orang murid dan guru mengikuti latihan yang melibatkan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Sungai Kebun yang diketuai oleh ABK 549 Rosland bin Haji Ahmad bersama enam orang.

    Latihan itu memberikan penerangan mengenai tatacara untuk menyelamatkan diri daripada terperangkap di dalam bangunan sekolah apabila berlakunya kebakaran dan mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di bangunan sekolah dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik.

    Ia juga dihasratkan untuk memastikan bangunan mereka dilengkapi dengan peralatan keselamatan kebakaran iaitu alat pemadam api ringan jenis debu kering 4kg dan selimut api.

    JBP menyatakan bahawa mereka ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Marsyal Bomba dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.

    Anggota bomba dan penyelamat semasa menyampaikan latihan kebakaran dan mengosongkan bangunan di Sekolah Rendah Sungai Siamas pada 27 Jun lalu.
    Murid-murid dan guru mengosongkan bangunan semasa latihan kebakaran dan mengosongkan bangunan di Sekolah Rendah Sungai Siamas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...