HONG KONG, 17 JAN – Seorang hakim Hong Kong menjatuhkan hukuman hampir lapan tahun penjara ke atas seorang pelajar sekolah menengah hari ini kerana menikam seorang pegawai polis di lehernya semasa bantahan prodemokrasi tahun 2019.
Hui Tim-lik, ketika itu berusia 19 tahun, menikam leher seorang pegawai polis menggunakan ‘cutter’ semasa bantahan pada Oktober 2019 – pada kemuncak gerakan prodemokrasi menentang pegangan autorita-rian China ke atas wilayah itu.
Hui yang sekarang berusia 21 tahun – telah ditangkap dan ditahan sejak itu – pada awalnya dituduh atas percubaan membunuh.
Namun selepas dia mengaku bersalah minggu lalu, dakwaan serius telah digugurkan manakala hakim mahkamah tinggi, Andrew Chan sebaliknya menjatuhkan Hui hari ini kepada tujuh tahun dan sembilan bulan penjara atas kesalahan sengaja mencederakan sebagai tuduhan alternatif. – AFP