Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pelajar IBTE sertai program Progresif

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV – Pelajar-pelajar Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) diberikan peluang untuk memperoleh pengalaman praktikal bagi membangunkan kefahaman mereka mengenai asas etika perniagaan serta perkhidmatan pelanggan cemerlang menerusi program yang dikendalikan bersama dengan Progresif Sdn Bhd yang berjalan dari 3 Oktober hingga 31 Oktober lalu.

    Menurut Progresif dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, kursus yang diketuai oleh Penasihat Pengurusan Bakat di Progresif, Haji Abdul Azeez bin DP Haji Abdul Salam dirangka sebagai sebahagian daripada komitmen Progresif untuk membangunkan belia negara.

    Ia menumpukan kepada penyampaian konsep dan amalan perkhidmatan pelanggan utama sambil memberikan peluang kepada para pelajar untuk menggunakan kemahiran berkenaan dan berkongsi pendapat menerusi perbincangan serta main peranan (role play).

    Pelajar-pelajar dari School of Building Technology Services yang sedang menjalani kursus HNTec Real Estate Management and Agency itu telah diajar mengenai dimensi berlainan perkhidmatan pelanggan, yang membantu untuk meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai sudut dalam perjalanan pelanggan yang perlu terlibat bagi ejen-ejen hartanah masa hadapan serta menggabungkan ideologi-ideologi MIB dalam kursus berkenaan.

    Pegawai Pentadbiran dan Ketua Sumber Manusia Progresif, Awang Mohammad Yazdi bin Haji Yahya berkata bahawa menerusi kursus itu, mereka berharap untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai pentingnya dan impak perkhidmatan pelanggan bukan sahaja kepada jenama diri mereka tetapi juga kepada perniagaan atau organisasi yang diwakili mereka.

    “Kami percaya ini merupakan satu cara untuk memperkayakan ilmu pengetahuan perkhidmatan pelanggan mereka dan memberikan mereka keyakinan untuk berkomunikasi secara efektif dalam transaksi perniagaan,” tambahnya.

    Pengurus Akademik bagi IBTE Kampus Nakhoda Ragam, Dayang Shahrimawaty binti Abdul Karim berkata praktikal yang dikendalikan oleh Progresif itu adalah selaras dengan matlamat IBTE untuk meningkatkan ketersediaan pekerjaan dalam kalangan pelajar.

    Menerusi kolaborasi itu, tambah beliau, pelajar-pelajar berpeluang untuk mengembangkan pengalaman pembelajaran mereka di luar bilik darjah sambil mengasah kemahiran lembut mereka seperti kemahiran interpersonal mereka.

    Pendedahan kepada tempat kerja dunia sebenar, ulasnya lagi, telah meningkatkan kualiti program dengan lebih banyak elemen pembelajaran sebenar dapat digabungkan melalui kolaborasi bermakna itu.

    Pihak pengurusan Progresif dan pelajar IBTE bergambar bersama sijil program semasa acara berkenaan. – Gambar serahan Progresif
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...