Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pelajar Indonesia bantah harga minyak

    JAKARTA, INDONESIA, 8 SEPT – Ratusan pelajar berhimpun di ibu negara Indonesia hari ini untuk membantah kenaikan mendadak dalam harga bahan api.

    Para penunjuk perasaan, daripada beberapa pertubuhan pelajar, berkumpul di Monumen Nasional Jakarta, yang memperingati perjuangan Indonesia untuk kemerdekaan.

    “Kami menolak kenaikan harga bahan api,” salah satu sepanduk mereka berbunyi.

    Kerajaan menaikkan harga bahan api kira-kira 30 peratus pada Sabtu selepas mengurangkan beberapa subsidi mahal yang telah membantu mengawal inflasi di negara itu.

    Kenaikan itu – yang pertama dalam lapan tahun – menaikkan harga petrol daripada 51 sen kepada 67 sen seliter dan bahan api diesel daripada 35 sen kepada 46 sen.

    Bantahan telah diadakan di beberapa bandar besar sejak Isnin lalu oleh pelajar, pekerja, petani, nelayan dan guru.

    Pekerja merancang lebih banyak perhimpunan dan mempertimbangkan mogok nasional melainkan kenaikan itu dibatalkan, kata presiden Konfederasi Kesatuan Sekerja Indonesia, Said Iqbal, pada Selasa.

    Presiden Joko Widodo berkata kerajaan terpaksa menaikkan harga bahan api kerana subsidi tenaga negara meningkat tiga kali ganda tahun ini kepada 502 trilion rupiah (AS$34 bilion) akibat kenaikan harga minyak dan gas global.

    Kerajaan itu telah memberi subsidi bahan api selama beberapa dekad di Indonesia, sebuah negara kepulauan yang luas dengan lebih daripada 270 juta orang. – AP

    Para pelajar berhimpun menentang kenaikan harga minyak di Surabaya pada 8 September. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...