Wednesday, February 1, 2023
25.4 C
Brunei

-

Pelajar ISB catat markah tertinggi IB

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) terus melakar pencapaian positif apabila salah seorang pelajarnya memperolehi markah penuh tertinggi sebanyak 45 dalam Program Diploma International Baccalaureate (IB DP), yang bersamaan dengan 5 A*s pada peperiksaan A Level.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ISB, Dayang Nur Natalia Affiqah binti Zainal Abidin akan mengikuti pengajian Fisioterapi pada tahun depan di University of Queensland, salah sebuah universiti terbesar dalam bidang sains kesihatan dan pemulihan
di Australia.

Beliau yang merupakan penerima biasiswa ISB untuk belajar IB DP di sekolah berkenaan, yang dianugerahkan oleh Lembaga Pengarah ISB, merakamkan kegembiraan yang tidak terhingga kepada ISB kerana memberikannya biasiswa dan peluang mengikuti pembelajaran selama ini sehingga mampu mencapai keputusan yang diimpikannya, di samping menerima sokongan dan dorongan yang teguh daripada ahli keluarga, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangannya.

Pengetua Eksekutif ISB, Dr Stephen Kendall-Jones menyatakan bahawa secara global kurang 1 peratus daripada lebih 150,000 pelajar yang mengambil peperiksaan IB DP pada Mei lalu mencapai markah penuh 45.

“Kami amat berbangga dengan keputusan Dayang Nur Natalia dan tidak sabar-sabar untuk mendengar cerita tentang kejayaan beliau apabila meneruskan pengajiannya nanti,” ujarnya.

IB ialah kelayakan dua tahun yang diiktiraf di peringkat global sebagai alternatif kepada A Level yang membantu pelajar untuk berkembang maju di universiti dan membolehkan pelajar terus belajar enam mata pelajaran pada tahun akhir mereka.

Pada tahun ini, kohort Mei 2022 di ISB mencapai kadar kelulusan 92 peratus dan akan meneruskan pengajian mereka di universiti terkemuka di United Kingdom dan di seluruh dunia.

Program IB telah menyediakan keperluan mereka untuk mencapai kejayaan meneruskan pengajian di universiti dan kerjaya mereka nanti.

Dayang Nur Natalia Affiqah bersama Dr Stephen Kendall-Jones, lembaga pengarah ISB dan guru-gurunya. – Gambar serahan ISB
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korban bom masjid meningkat lebih 90

PESHAWAR, PAKISTAN, 31 JAN – Pengeboman berani mati yang berlaku di masjid dalam ibu pejabat polis daerah Peshawar dan kawasan kerajaan di barat laut...
- Advertisment -