Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pelajar ISB hasilkan animasi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 APRIL – Seramai 10 orang pelajar peringkat rendah Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB), baru-baru ini, telah diberikan peluang untuk mengembangkan kemahiran penulisan kreatif dan meneroka ilustrasi serta produksi animasi.

    Dengan bantuan Mahakarya Institute of the Arts Asia (MIAA), pelajar-pelajar berkenaan yang merupakan kumpulan kedua di bawah Program Berbakat ISB, telah bekerjasama untuk mempersembahkan sebuah siri animasi original bertajuk Rez and Tang di mana animasi pendek itu boleh disaksikan di saluran YouTube rasmi ISB Primary.

    ISB dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan bahawa Rez and Tang mengisahkan dua ekor lalat Australia yang peramah yang pergi membuat pengembaraan di Brunei untuk menemui kesemua yang indah, ditawarkan oleh bumi Darussalam.

    Dalam episod debut, Rez and Tang pergi mengelilingi Brunei untuk mempelajari mengenai hidangan tempatan seperti ambuyat, nasi katok, kelupis dan durian.

    Kenyataan menerangkan, pelajar-pelajar itu bekerja secara maya sebagai sebuah kumpulan bagi lebih dua penggal, mencari idea, sajak dan visual bagi kisah itu. Mereka kemudian bergabung dengan MIAA untuk membantu mereka mengilustrasi dan menganimasikan cerita dengan kisah itu diceritakan oleh pelajar-pelajar berkenaan.

    ISB menjelaskan, Program Berbakat diperkenalkan tahun lalu di mana guru-guru darjah mencalonkan pelajar dengan potensi luar biasa untuk menyertai Ketua Pembangunan Pelajar, Sekolah Rendah ISB, Trent Green, dalam sebuah kumpulan istimewa.

    Matlamatnya adalah untuk memupuk lagi International Bachelorette (IB) Learner Profile (LP) yang menggalakkan sikap dam sifat dalam pelajar yang akan membangunkan pemikiran antarabangsa.

    Dengan bantuan MIAA, para pelajar berbakat berkenaan berjaya menghasilkan animasi Rez and Tang (gambar sisipan). – Gambar serahan ISB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...