Pelajar ISB pamer bakat artistik

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) baru-baru ini menganjurkan Pameran Seni Visual yang mempamerkan karya kreatif seramai 19 pelajar Tahun 13 yang mengambil Program Diploma International Baccalaureate (IBDP) Seni Visual.

Pameran yang dibukakan kepada para pengunjung pada malam 10 Februari itu menampilkan pelbagai jenis karya seni kreatif di sebuah bilik yang ditransformasikan menjadi ruang seni untuk memaparkan bakat-bakat para pelajar.

Menurut kenyataan dari ISB, hari ini, kursus program kesenian itu menggalakkan pelajar-pelajar berkenaan untuk mencabar jangkauan dan batas kreatif mereka.

Pameran itu juga bagi meraikan karya kreatif yang para pelajar usahakan sepanjang kursus dua tahun itu.

Salah seorang pelajar IB Seni Visual, WenJie Wang mempamerkan karya seninya. – Gambar serahan ISB