Thursday, December 1, 2022
23 C
Brunei

-

Pelajar istimewa Taarana pamer bakat terpendam

KUALA LUMPUR – Selepas berehat selama tiga tahun akibat pandemik COVID, Sekolah Berkeperluan Khas Taarana begitu teruja untuk menganjurkan acara tahunannya pada 1 November lalu, membabitkan 24 pelajarnya yang telah berlatih sejak Julai lepas bagi mempamerkan bakat mereka di atas pentas.

Profesor Madya Dr Annapurny Venkiteswaran, yang mempunyai anak bersekolah di situ berkata beliau gembira dengan persembahan itu dan berterima kasih atas usaha pihak sekolah dalam berusaha membantu dalam perkembangan anaknya.

“Hari ini adalah hari yang bahagia buat kami semua, dan kami berterima kasih kepada Yayasan RYTHM, guru-guru yang hebat dan pengetua Taarana.

“Ramai di antara ibu bapa bertindak memindahkan anak dari satu sekolah ke sekolah lain bagi mencari sekolah yang sesuai untuk anak-anak kami.

“Di Taarana, kami berkomunikasi erat dengan guru-guru yang berdedikasi di sekolah, sesuatu yang begitu bermakna,” katanya.

Sekolah Berkeperluan Khas Taarana telah menganjurkan acara tahunannya pada 1 November lalu, membabitkan 24 pelajarnya yang telah berlatih sejak Julai lepas bagi mempamerkan bakat mereka di atas pentas. – Gambar dari Rythm Foundation

Acara kali ini dipenuhi dengan pelbagai persembahan daripada pelajar yang masing-masing mempamerkan bakat terpendam mereka kepada penonton.

Joel Joshua Augustian, seorang pelajar sekolah yang telah berkembang dengan pantas dalam aspek pertuturan, kognitif, matematik dan kemahiran komunikasinya, berjaya memukau penonton melalui lagu nyanyiannya  You Raise Me Up, lagu asal Josh Groban yang begitu menyentuh hati.

Kakaknya, Ann Madeline, berkata Joshua berjaya meningkatkan kemahiran komunikasinya sejak bersekolah di Taarana pada 2020.

“Sejak menyertai Taarana, dia (Joshua) kini ada membuat pertemuan mata dan memberi gerak isyarat semasa berkomunikasi. Saya amat bersyukur kerana mempunyai guru yang telah membentuk adik saya menjadi versi terbaik dirinya.

“Guru sekolah Taarana meninggalkan kenangan yang luar biasa di sini dalam minda muda,” katanya.

Taarana, yang bermaksud ‘kebangkitan’ dalam bahasa Sanskrit,  ditubuhkan pada 2011 oleh Yayasan RYTHM, inisiatif impak sosial Kumpulan QI bagi memenuhi keperluan mendesak untuk sumber dan sokongan bagi kanak-kanak berkeperluan khas dan keluarga mereka. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China lancar kapal angkasa Shenzhou-15

BEIJING, 30 NOV – China melancarkan kapal angkasa Shenzhou-15 semalam, yang membawa tiga angkasawan ke stesen angkasa lepasnya bagi melengkapkan penghantaran pertama kru China...
- Advertisment -