Tuesday, March 25, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar Jerman diusir akibat selidik isu sensitif

    BEIJING, 12 Ogos – Seorang lelaki warga Jerman telah menerima tamparan hebat mengenai amalan kewartawanan di China, walaupun untuk projek kelas, boleh menyebabkan masalah yang serius.

    David Missal, 24, sedang mengambil sarjana dalam bidang kewartawanan dan komunikasi di Universiti Tsinghua di Beijing. Dia dijadualkan akan pulang ke Jerman minggu depan selepas pihak berkuasa imigresen memberitahunya bahawa visa pelajarnya telah dibatalkan dan dia mempunyai waktu seminggu untuk meninggalkan China.

    Dia berkata dia fikir perkara itu terjadi kerana dia membuat laporan di kelas kewartawanan mengenai keadaan menyedihkan peguam hak asasi manusia yang dipenjara.

    Missal juga berkata, sebelum ini seorang wakil Universiti Tsinghua tahun ini telah memberikannya amaran sebanyak dua kali supaya tidak mengaitkan subjek-subjek politik yang sensitif, namun dia enggan dan meneruskannya kerana mahu ‘belajar tentang masyarakat China dan politik’.

    “Dalam satu cara, dua bulan terakhir saya dapat mempelajari lebih banyak mengenai masyarakat dan politik China,” kata Missal, merujuk kepada kesnya sendiri.

    China telah menahan 300 orang di seluruh negara pada 9 Julai 2015, sebagai sebahagian daripada tindakan keras terbesar negara itu terhadap peguam dan aktivis hak asasi manusia. Beberapa daripada mereka dijatuhkan hukuman akibat membuat subversi terhadap kerajaan, sementara yang lain masih menunggu hukuman. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda