Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Pelajar JIS terima sijil Olimpiad biologi

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JULAI – Seramai 39 orang pelajar Tahun 12 Biologi dari Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) baru-baru ini, menyertai Intermediate Biology Olympiad anjuran UK Biology Competitions (UKBC).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JIS, daripada 39 orang pelajar JIS yang mengambil bahagian, seorang pelajar iaitu Matthew Lin telah memperoleh Pingat Emas. Beliau berada dalam 5 peratus teratas daripada semua pelajar yang menyertainya.

    Sementara itu, tujuh pelajar lain mendapat Pingat Perak (15 peratus teratas) dan tujuh lagi memenangi Pingat Gangsa (25 peratus teratas).

    Manakala itu, lima orang pelajar JIS telah mendapat pujian tinggi dan lima orang lagi mendapat pujian. Secara keseluruhan, 64 peratus pelajar senior JIS yang mengambil bahagian mendapat pujian atau yang lebih tinggi.

    E-sijil telah dianugerahkan kepada para pelajar dan semua pelajar yang mengambil bahagian juga menerima keahlian Royal Society of Biology BioNet secara percuma selama setahun.

    Anthony Piper dan Adele Major bergambar ramai bersama para pelajar dari JIS. – Gambar serahan JIS

    Guru Biologi para pelajar itu, Adele Major melahirkan perasaan gembira mendengar berita pencapaian berkenaan.

    Pengetua JIS, Nicholas Sheehan pula mengulas, “Biologi Peringkat A ialah mata pelajaran yang popular di JIS dan saya amat berbangga dengan pencapaian yang luar biasa ini.

    Tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar yang mengambil bahagian.”

    Kenyataan menyatakan, UKBC bekerjasama rapat dengan Royal Society of Biology dan University of Warwick untuk membawa pertandingan biologi kepada pelajar di seluruh dunia.

    Pertandingan tersebut menerima 12,566 penyertaan dari 608 buah sekolah di seluruh dunia walaupun semasa COVID-19 melanda dunia.

    Soalan-soalan dalam pertandingan itu telah ditetapkan mengenai topik-topik yang mungkin pelajar pelajari dalam tahun pertama kursus Biologi Peringkat A.

    Soalan tambahan memerlukan pelajar menggunakan kemahiran menyelesaikan masalah mereka dan memahami prinsip teras biologi secara umum.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...