Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pelajar jururawat bawa bom ke wad bersalin

    LONDON, 27 JAN – Seorang pelajar jururawat dihadapkan ke mahkamah Britain hari ini atas dakwaan merancang untuk menyerang pangkalan tentera udara dan membawa bom buatan sendiri ke wad bersalin di hospital tempatnya bekerja.

    Mohammad Farooq, 27, ditahan di luar St. James’s University Hospital di Leeds, utara England, pada 20 Januari lalu dengan apa yang disebutkan oleh pendakwa raya sebagai bom periuk tekanan ‘yang boleh hidup’ mengandungi 13.7 kilogram campuran bahan letupan buatan sendiri.

    Pendakwa raya juga mendakwa Farooq membuat ‘peninjauan’ ke atas pangkalan tentera udara di utara England awal bulan ini selepas diberi sokongan dalam talian untuk menyerangnya.

    Dia berdepan dakwaan cubaan melakukan tindakan keganasan berhubung dengan rancangan menyerang pangkalan udara, dengan pertuduhan bermotifkan ekstremis.

    Farooq juga didakwa memiliki bahan letupan dan senjata tiruan mengenai insiden di hospital, yang menurut pendakwa raya bermotifkan dendam terhadap kakitangan yang lain.

    Dia dilihat berada di Mahkamah Majistret Westminster melalui pautan video dan tidak dibenarkan untuk membuat rayuan dan ditahan sehingga sesi pendengaran mahkamah seterusnya pada 3 Februari di Mahkamah Jenayah Pusat, di London. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...