Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Pelajar kembali ke sekolah di Laos

    VIENTIANE, 3 FEB – Para pelajar di Laos hari ini kembali menjalani pembelajaran bersemuka di kelas-kelas di sebalik pandemik, kebanyakannya daripada kalangan pelajar tahun akhir di sekolah menengah dan sekolah rendah.

    Lebih banyak sekolah dibuka semula di ibu negara Laos, Vientiane dan banyak lagi wilayah sebagai sebahagian daripada pembukaan sekolah berfasa yang dipantau oleh Kementerian Pendidikan dan Sukan Laos, Kementerian Kesihatan serta pihak berkuasa tempatan.

    Sekolah juga perlu mengikuti protokol ‘sekolah selamat’ diluluskan oleh Jawatankuasa Khas Kebangsaan bagi Pencegahan dan Pengawalan COVID-19, akhbar harian Vientiane Times melaporkan hari ini.

    Protokol termasuklah penggunaan pelitup muka, jarak fizikal dan bilik darjah perlu peredaran udara baik, guru divaksinasi penuh serta pemeriksaan suhu badan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...