Pelajar ketahui manfaat bahan kitar semula

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Dengan hasrat untuk menanam kefahaman mengenai penggunaan bahan buangan serta usaha kitar semula bahan-bahan buangan, Jabatan Sains, Sekolah Chung Hwa Kiudang mengadakan aktiviti penanaman bunga mengitar semula bahan buangan di perkarangan sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Kegiatan itu bermatlamat untuk menggunakan botol plastik buangan sebagai bekas tanaman bunga yang dikitar semula untuk menanam tumbuh-tumbuhan termasuk bunga.

Menurut Ketua Jabatan Sains Sekolah Chung Hwa, Kiudang, Leong Yueh Moi, aktiviti itu memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari mengenai manfaat menggunakan bahan buangan sebagai bahan kitar semula untuk kebaikan alam sekitar.

Di samping itu, mereka juga mempelajari mengenai cara untuk mengitar semula atau menggunakan bahan-bahan buangan sebagai bekas bagi bukan sahaja menanam bunga tetapi juga tanaman sayur-sayuran.

Para pelajar menyertai aktiviti penanaman bunga dan tanaman menggunakan botol plastik yang dikitar semula di perkarangan sekolah berkenaan, baru-baru ini. – Gambar serahan Sekolah Chung Hwa Kiudang