Pelajar maut terjatuh dari bangunan

HONG KONG, 8 NOV – Pelajar universiti yang cedera akibat terjatuh dari tempat letak kereta dalam pertempuran di antara polis dan penunjuk perasaan Isnin lalu disahkan meninggal dunia di hospital hari ini.

Alex Chow, 22, pelajar jurusan Sains Komputer, Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong, dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth pada Isnin lalu selepas ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedar diri di tempat letak kereta. Sumber berkata doktor melakukan dua pembedahan bagi mengurangkan bengkak dalam otak Chow.

Pada Ahad lalu, polis menembak gas pemedih mata selepas penunjuk perasaan membaling objek dari bangunan letak kereta bertingkat itu.

Penunjuk perasaan mendakwa pelajar itu terpaksa memanjat ke belebas bangunan bagi mengelak dari terkena gas pemedih mata. Menurut polis dalam satu kenyataan, udara di lokasi Chow ditemui kurang dicemari gas pemedih mata.

Polis turut menafikan dakwaan mereka mengganggu tugas paramedik dari memberi rawatan kecemasan kepada Chow atau menghalang ambulans dari membawa pelajar itu ke hospital. – AFP

Seorang pembantah memegang gambar Chow Tsz-Lok ketika mereka menganggu majlis penyampaian ijazah di Universiti Sains dan Teknologi di Hong Kong, kelmarin. – AP