Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar melawat RGC pelajari flora dan fauna

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 FEB – Seramai 161 pelajar dan 14 guru Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) telah mengadakan lawatan sambil belajar di Rimba Garden Centre (RGC) baru-baru ini.

    Sesi lawatan berkenaan diketuai oleh Pemangku Pengetua, Hajah Norhamizah Lailawati binti Haji Abdul Hamid, dan dikendalikan oleh Noorazizah binti Abas.

    Rombongan pelajar dialu-alukan oleh pihak RGC, di mana pelajar bukan sahaja berpeluang melawat sekitar pusat berkenaan, malah berpeluang mencuba menanam tanaman mereka sendiri sambil dibantu oleh pekerja RGC.

    Antara lain objektif lawatan adalah bagi menerapkan pembelajaran masa kini iaitu mengenai dengan tumbuh-tumbuhan flora dan fauna selain membangun minda pelajar agar dapat sama-sama melahirkan semangat setia kawan dan kerjasama dan seterusnya menimbulkan rasa sayang kepada tanah di mana tanah dapat menghasilkan sesuatu yang berguna jika rajin mengusahakannya.

    Semua di atas: Antara aktiviti semasa lawatan berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN SR YSHHB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda