Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Pelajar membantah selepas bas sekolah diserang

    MINGORA, PAKISTAN, 10 OKT – Seorang pemandu ditembak mati dan seorang pelajar cedera parah dalam serangan ke atas bas sekolah di Pakistan hari ini, kata polis, menyebabkan 2,000 kanak-kanak perempuan dan lelaki keluar kelas mengadakan bantahan.

    Lembah Swat, tempat serangan berlaku, pernah ditakluki oleh Taliban Pakistan, yang menembak pemenang Nobel Malala Yousafzai di dalam bas sekolah di bandar yang sama 10 tahun lalu.

    Kawasan itu telah menyaksikan kebangkitan semula militan sejak Taliban kembali berkuasa di Afghanistan tahun lalu dengan peningkatan serangan – terutamanya menyasarkan pasukan keselamatan – dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

    “Penyerang melarikan diri dari tempat kejadian dan operasi mencari telah dilancarkan,” kata pegawai polis Ali Badshah kepada AFP, sambil menambah budak lelaki yang cedera itu berumur antara 10 dan 11 tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...