Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar Ohio sukarela disemburi lada

    CLEVELAND, 18 Mei – Sekumpulan pelajar sekolah tinggi Ohio secara sukarela menerima serangan penyembur lada di muka masing-masing dan menggelar pengalaman menyakitkan itu satu pengajaran berguna.

    Lebih daripada berbelasan pelajar Sekolah Tinggi Barberton bersetuju untuk disemburi minggu lepas dengan persetujuan ibu bapa mereka sebagai sebahagian daripada latihan kelas.

    Sebuah video yang disiarkan secara dalam talian menunjukkan barisan remaja bersandar di depan bangunan. Kesemuanya dalam keadaan diam pada mulanya apabila disemburi penyembur lada. Kemudian satu demi satu, pelajar-pelajar itu mula menjerit.

    “Ia berasa seperti menempatkan muka ke dalam unggun api,” kata Joshua Horvath, 17, seorang pelajar di sekolah itu yang terletak kira-kira 40 batu dari selatan Cleveland.

    Para pelajar juga menerima serangan pistol setrum bagi kelas sains jenayah. Program kompetitif itu menarik permohonan dari para pelajar yang ingin menyertai tentera atau menjadi pegawai polis dan diajar oleh bekas ketua polis.

    Para pelajar Ohio yang terlibat latihan diserang penyembur lada tersebut. – AP
    Para pelajar Ohio yang terlibat latihan diserang penyembur lada tersebut. – AP

    “Ia satu program yang sangat baik,” kata Melody Steinhour, 42, yang merakam video latihan itu dan merupakan salah seorang ibu bapa kepada pelajar. “Falsafahnya di sini adalah, jika anda berhasrat untuk membawa penyembur lada atau ingin membawa Taser (senjata elektrik) dan menggunakannya sebagai senjata, anda perlu tahu terlebih dahulu bagaimana rasanya sebelum anda menggunakannya kepada orang lain.”

    Salah satu salinan video itu telah ditonton lebih 15 juta kali dalam talian. Sementara beberapa pengulas awam mengkritik ibu bapa yang membenarkan anaknya untuk disemburi lada, para pelajar dan ibu bapa menggelarnya satu pengalaman pembelajaran yang berguna.

    “Ia mengajar kami apa yang kami perlu lakukan dalam keadaan sebenar,” kata Horvath yang ingin menjadi seorang pegawai polis. “Ia mengajar golongan muda untuk tidak membuat kesalahan kerana apabila anda sudah merasa kesakitannya ketika muda, anda berasa tidak akan mahu melakukannya.”

    Latihan penyembur lada itu dihasratkan untuk membantu para pelajar mendapatkan kelayakan industri dalam keselamatan awam dari Jabatan Pendidikan Ohio, menurut sekolah itu dalam satu keterangan. Ia telah menjadi sebahagian daripada program sains jenayah sejak beberapa tahun, namun ia hanya mendapat perhatian disebabkan tersebarnya video itu baru-baru ini. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda