Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Pelajar Pakistan berdepan halangan banjir

    CHANDAN MORI, PAKISTAN – Perjalanan Afshan, seorang warga Pakistan berusia tiga tahun ke sekolah adalah sesuatu yang sangat mencabar, di mana dia terpaksa mengimbangkan diri ketika menyeberang sebatang galang besi yang di bawahnya parit air yang banjir dan busuk, sambil mata memandang ke hadapan.

    Selepas hujan monsun paling teruk membanjiri bilik darjahnya di bandar tenggara Chandan Mori, inilah laluan Afshan dan adik-beradiknya menuju ke sebuah khemah tempat dia belajar.

    “Terlalu berisiko untuk menghantar anak-anak ke sekolah dengan menyeberang jambatan itu,”kata bapa Afshan, Abdul Qadir, 23, kepada AFP.

    “Tetapi kami terpaksa… untuk menjamin masa depan mereka, dan masa depan kami.”

    Di Pakistan, di mana satu pertiga daripada negara itu hidup dalam kesusahan dengan pendapatan kurang daripada AS$4 sehari, pendidikan adalah peluang yang jarang ada untuk keluar daripada kemiskinan melampau.

    Para pelajar berjalan melintasi galang besi di Chandan Mori, di daerah Dadu di wilayah Sindh. – AFP
    Seorang guru mengajar kanak-kanak yang terjejas akibat banjir di sebuah bilik darjah sementara di daerah Dadu di wilayah Sindh. – AFP
    Seorang lelaki menunjukkan salah sebuah bilik darjah yang terjejas oleh banjir. – AFP
    Kelihatan beberapa orang kanak-kanak menghadiri kelas di sekolah khemah sementara di kawasan banjir Chandan Mori. – AFP
    Keadaan salah sebuah sekolah yang sudah banyak mengalami kerosakan. – AFP
    Seorang penjaga mengharungi sebuah sekolah yang dinaiki air di Chandan Mori, di daerah Dadu di wilayah Sindh. – AFP

    Tetapi pada musim panas ini, banjir memusnahkan atau merosakkan 27,000 buah sekolah dan mencetuskan bencana kemanusiaan yang menyaksikan 7,000 lagi dijadikan pusat bantuan, menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Pendidikan 3.5 juta kanak-kanak telah terganggu akibatnya, kata badan amal itu.

    “Semuanya telah hilang, kami kehilangan pelajaran,” kata Kamran Babbar, 10, yang tinggal di bandar khemah berhampiran sejak rumah dan sekolahnya ditenggelami air.

    Sebelum hujan, yang dikaitkan dengan perubahan iklim, Afshan bersama adik-beradiknya pergi ke sebuah sekolah kecil. Setelah hampir dua bulan setengah hujan kembali reda, namun sekolahnya masih dibanjiri air bertakung.

    Lebih daripada 300 orang kanak-kanak dipindah ke tiga khemah di mana mereka duduk di atas lantai yang dipenuhi dengan kepingan plastik.

    Apabila masuk tengah hari, khemah dipanasi oleh matahari, dan pelajar mengipas diri mereka dengan buku nota, untuk menghilangkan dahaga dengan meminum air banjir yang tercemar.

    Ramai yang tidak dapat mengumpulkan kekuatan untuk berdiri apabila dipanggil menjawab soalan oleh cikgu Noor Ahmed.

    “Apabila mereka jatuh sakit, dan majoriti mereka akan terjangkit, ia menjejaskan kehadiran murid,” katanya.

    Di kawasan yang lebih konservatif di Pakistan, ramai wanita dihalang dari pergi ke sekolah, dipersiapkan untuk kehidupan buruh domestik.

    Pelajar-pelajar yang didaftarkan itu mempunyai prospek yang terjejas oleh kelaparan dan kekurangan zat makanan walaupun sebelum musim tengkujuh menghanyutkan banyak tanaman.

    Sejak dua tahun lalu, pandemik COVID telah menutup sekolah selama 16 bulan.

    Banjir yang meletakkan satu pertiga daripada Pakistan digenangi air dan menyebabkan lapan juta orang kehilangan tempat tinggal merupakan satu lagi halangan yang tidak akan dapat diatasi oleh ramai orang.

    “Kami memupuk generasi yang sakit,” kata Ahmed.

    Di bandar berhampiran Mounder, ribut monsun merosakkan bumbung sekolah. Dindingnya retak dan runtuh, dan pelajar kini berkumpul di luar kerana ditakuti dihempap runtuh. Kanak-kanak lelaki belajar di bawah naungan pokok di halaman, manakala kanak-kanak perempuan berkumpul berdekatan dalam khemah yang disumbangkan.

    “Peristiwa sebegitu akan meninggalkan kesan trauma yang berkekalan kepada kanak-kanak perempuan,” kata guru, Rabia Iqbal.

    “Jika kita mahu menjadikan mereka sihat dari segi mental, kita perlu segera memindahkan mereka dari khemah ke bilik darjah yang sesuai,” tambahnya.

    Tetapi kembali ke sekolah tidak akan berlaku secepat yang mungkin.

    Analisis mencadangkan bil bahawa untuk pembinaan semula sekolah dan pemulihan sistem pendidikan akan berjumlah hampir AS$1 bilion, jumlah bil pembaikan hampir AS$40 bilion di negara yang sudah dilanda kegawatan ekonomi.

    Tidak gentar dengan kesukaran yang akan datang, pelajar wanita sekolah menengah Chandan Mori bergerak setiap hari ke bilik darjah sementara sejauh tiga kilometer.

    “Kami tidak akan dikalahkan oleh keadaan sedemikian,” kata Shaista Panwar yang berusia 13 tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...