Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Pelajar pamer bakat kulinari, keusahawanan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV – Dalam usaha berterusan mengembangkan bakat dan kemahiran para pelajar, terutama pelajar berkeperluan khas, Jabatan Pendidikan Khas telah menganjurkan Pertandingan Memasak ke-3 dan Projek Bootcamp.

    Ia juga bermatlamat meningkatkan bakat dan potensi pelajar-pelajar terbabit dalam bidang kulinari dan keusahawanan.

    Perkara itu ditekankan oleh Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Khas, Awang Eddy Fazlin bin Haji Amdan dalam kata alu-aluannya pada Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Memasak ke-3 dan Projek Bootcamp ke-2 bagi Pelajar-pelajar Program Pra-Vokasional 2022 di Ruang, Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, hari ini.

    Menurutnya, pertandingan merupakan usaha berterusan jabatan itu melalui Unit Sokongan Pembelajaran, Peringkat Menengah, untuk menyerap kemahiran-kemahiran Kurikulum Program Pra-Vokasional sebagai salah satu langkah persiapan pelajar-pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan nanti.

    Pada pertandingan itu, pasukan pelajar Sekolah Menengah (SM) Katok muncul juara dalam Pertandingan Memasak ke-3 bagi Pelajar-pelajar Program Pra-Vokasional 2022.

    Peserta Projek Bootcamp semasa mempamerkan produk keusahawanan mereka.
    Tetamu kehormat bergambar ramai bersama pemenang Pertandingan Memasak, SM Katok.
    Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati menyampaikan hadiah kepada pemenang projek Bootcamp Most Presevering kepada Sekolah Menengah Menglait.

    Manakala itu, tempat kedua dimenangi oleh pasukan SM Sayyidina Othman dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan SM Perdana Wazir.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin.

    Dalam pertandingan itu, Awang Mohd Soffian bin Julaihe dari SM Sayyidina Othman telah dipilih sebagai Peserta Terbaik Pertandingan Memasak.

    Sementara itu, bagi Projek Bootcamp, tiga buah sekolah telah dipilih untuk memenangi tiga anugerah khas iaitu Most Persevering yang diberikan kepada SM Menglait, Most Passionate kepada SM Sayyidina Ali dan Most Innovative kepada SM Sayyidina Abu Bakar.

    Menurut guru-guru pengawas bagi pasukan SM Katok, Dayang Siti Nur Khadijah @ Siti Hairani binti Haji Liman, Dayang Nurulhazirah binti Ja’afar dan Awang Muhd Khairul Rafi’uddin bin Haji Omar Ali Ra’aie, mereka merasa amat bangga dengan pencapaian pelajar-pelajar mereka yang menunjukkan persembahan yang sungguh baik semasa peringkat akhir pertandingan itu.

    Para pelajar-pelajar itu, jelas mereka lagi, mempamerkan prestasi yang amat baik ketika peringkat akhir walaupun terpaksa berhadapan tekanan di mana mereka diberikan tempoh masa yang singkat dalam penyediaan hidangan.

    Sebanyak lapan buah sekolah menengah telah mara ke peringkat akhir pertandingan berkenaan yang diadakan pada 5 November lalu, di mana pelajar-pelajar perlu menyediakan tiga jenis masakan iaitu nasi goreng, kek cawan dan agar-agar.

    Sementara itu, Projek Bootcamp merupakan pertandingan pendidikan keusahawanan dan inovasi bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas dalam Program Pra-Vokasional yang dijalankan dengan kerjasama Pusat Keusahawanan Inovasi (EIC), Kementerian Pendidikan.

    Majlis turut diserikan dengan aktiviti Hari Demo iaitu pameran dan jualan hasil produk daripada Projek Bootcamp berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...