Oleh Normazlina M.D
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Ogos – Seramai 70 pelajar Darjah 6 Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Majeedah Nuurul Bulqiah Kilanas telah diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran di sekolah berkenaan di Kampung Kilanas, baru-baru ini.
Hadir selaku tetamu khas di majlis itu ialah Ketua Unit Perangkaan dan Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Sekolah Arab, Jabatan Pengajian Islam, Awang Mohammad Zamery bin Haji Nayan.
Turut hadir ialah Guru Besar Sekolah berkenaan, Dayang Maladiah binti Liman.
Sementara itu, di Daerah Tutong, seramai 19 pelajar Darjah 6 daripada gabungan tiga buah sekolah terdiri daripada 14 pelajar dari Sekolah Ugama Birau, empat dari Sekolah Ugama Bakiau dan seorang dari Sekolah Ugama Batang Mitus telah diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran di Sekolah Rendah Birau, Tutong, kelmarin.
Hadir selaku tetamu khas ialah Pegawai Lawatan Bahagian Kenaziran, Unit Al-Quran di Jabatan Pengajian Islam, Awang Rosli bin Othman.
Pada kedua-dua majlis berkenaan, para peserta khatam juga menerima sijil penyertaan oleh tetamu khas yang hadir bagi menandakan mereka berjaya menamatkan pembacaan 30 Juzuk Al-Quran.