Pelajar robotik perempuan terima biasiswa

DOHA, 7 SEPT – Qatar telah menganugerahkan biasiswa akademik kepada anggota pasukan robotik perempuan dari Afghanistan digelar ‘Afghan Dreamers’, kata yayasan pendidikan dan sains negara Teluk itu.

“Mereka akan menerima biasiswa yang membolehkan mereka meneruskan pembelajaran mereka menerusi perkongsian di antara Yayasan Qatar (QF) dan Dana Pembangunan Qatar,” kata QF dalam satu kenyataan. – AFP