Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pelajar Sekolah Chung Hwa Kiudang kenali sejarah Opera Peking

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Dengan matlamat untuk mendalami dan mengenali mengenai budaya masyarakat Tiong Hwa khususnya mengenai sejarah Opera Peking, seramai 45 orang pelajar dan guru Sekolah Chung Hwa Kiudang telah menyertai Bengkel Kebudayaan Tiong Hwa yang berlangsung di dewan mini sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Bengkel mengenai mewarnai topeng opera itu telah dikendalikan oleh Guru Akademik Kanan, Tasha yang menyampaikan pengenalan mengenai sejarah Opera Peking dan untuk mengenali empat watak utama iaitu Sheng, Dan, Jing serta Chou.

    Mereka juga diberikan penerangan makna warna-warna yang berbeza yang digunakan dalam opera berkenaan.

    Semasa bengkel itu, para pelajar dan guru juga diberikan peluang untuk mereka serta mewarnakan sendiri topeng opera masing-masing.

    Para pelajar menunjukkan hasil rekaan topeng opera mereka sendiri semasa bengkel itu, baru-baru ini. – Gambar serahan Sekolah Chung Hwa Kiudang
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...