Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Pelajar semai cinta terhadap negara

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Sebagai salah satu usaha untuk menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, telah menganjurkan Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan bagi Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, hari ini.

    Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan, Hajah Noorhijrah binti Haji Idris itu dihadiri oleh 173 orang pelajar Tahun 7.

    Turut hadir pada program tersebut ialah Pengurus Operasi Sekolah, Awang Azamain bin Abdul Rahim dan tenaga pengajar.

    Isi kandungan taklimat antara lain menyentuh mengenai raja, tatacara menaikkibarkan bendera negara dan sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam ‘Allah Peliharakan Sultan’ dengan terperinci.

    Selain itu, program juga dihasratkan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

    Dalam program tersebut, para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video animasi ‘Tatacara Menaikkan Bendera Negara’.

    Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab kuiz kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.

    Antara pelajar dari Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali yang menghadiri taklimat kenegaraan kelmarin. – Gambar serahan Jabatan Penerangan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...