Pelajar serlah kreativiti melalui Earth Week

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) buat pertama kalinya telah menganjurkan virtual Earth Week yang dipimpin oleh perwakilan-perwakilan daripada kum-pulan Senior School Eco-JIS, baru-baru ini.

Dengan semua kemudahan di JIS yang pada masa ini ditutup bagi para pelajar dan kelas-kelasnya dijalankan secara virtual, pertandingan dan aktiviti bagi Earth Week berkenaan telah direka bagi penyertaan para pelajar dari rumah.

Tema bagi Earth Week pada tahun ini Climate Action, di mana ia meliputi pelbagai aktiviti yang dibukakan kepada para pelajar bersama keluarga mereka seperti mengira carbon footprints dan membuat eksperimen dengan menghasilkan idea inovatif untuk membantu mereka menuju ke arah gaya hidup sifar buangan (zero waste lifestyle). Secara keseluruhannya, sebanyak 16 rumah atau komuniti pelajar di JIS telah menyertainya, di mana rumah-rumah berkenaan dapat memilih untuk bekerjasama dengan rumah lainnya atau sesama sendiri bagi menyelesaikan cabaran.

Para hakim yang mengadili cabaran tersebut turut merasa sungguh kagum terhadap hasil daripada aktiviti berkenaan.

Pemenang bagi cabaran Green Business Challenge 2020 ialah Sweron (Swift and Heron Partnership) yang memenangi Best Marketing dengan produk mereka iaitu sabun buku organik buatan sendiri. Sementara itu Whisgus (Whistler and Argus Houses) pula memenangi  Most Financially Viable dengan karya mangkuk yang diperbuat daripada kelapa. Manakala Hawksprey (Hawk and Osprey Houses) pula meraih anugerah Most Eco-Friendly selepas berjaya menghasilkan produk madu organik.

Skylark House pula menerima anugerah Most Inclusive of House Members dengan Butterfly Pea Project. Hadiah Utama bagi anugerah Most Sustainable Green Business pula diberikan kepada Fireback House atas kejayaan mereka menghasilkan Beeswax Food Wraps. Selain itu, JIS turut mengadakan dua lagi pertandingan sam-pingan iaitu Wildlife from My Window dan Trashion Fashion di mana aktiviti-aktiviti berkenaan menggalakkan para pelajar untuk mengitar semula segala material yang mereka perolehi di rumah mereka secara kreatif.

Aktiviti Earth Week yang lalu itu juga turut menyaksikan pelancaran Community Cookbook di mana para pelajar, ibu bapa dan kakitangan JIS digalakkan untuk menghantar resipi halal unik mereka untuk dimasukkan ke dalam buku masakan berkenaan yang dihasilkan oleh kumpulan Eco JIS. Sementara itu hasil jualan buku masakan berkenaan akan disumbangkan kepada badan amal tempatan. Aktiviti tambahan lainnya ialah pesta filem bagi bertujuan bagi menggalakkan para pelajar untuk menonton filem yang berkaitan climate change bersama keluarga mereka. Pengetua JIS, Nicholas Sheehan turut menjelaskan keterujaannya menyaksikan para pelajar dan keluarga mereka terlibat dalam konsep virtual Earth Week meskipun cabaran dalam mengamalkan penjarakan sosial dan kekangan dalam berjumpa rakan dan guru mereka.

Salah seorang pelajar yang menyertai aktiviti tersebut mem-pamerkan hasil lukisannya. – Gambar serahan JIS