Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Pelajar SUAMPRIPAHS kenali ASEAN

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Unit Hal Ehwal Antarabangsa, selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI, baru-baru ini, telah mengadakan Jerayawara Kenali ASEAN sesi kedua dan ketiga bagi pelajar-pelajar Tahun 8 dan 9 Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS) yang berlangsung di auditorium sekolah berkenaan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan, di sini, program tersebut merupakan usaha untuk memberigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar sekolah menengah dan sekolah Arab di negara ini.

    Ia juga merupakan salah satu usaha berterusan jabatan itu dalam menyuntik semangat perpaduan ASEAN dalam kalangan pelajar-pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan, pada masa yang sama juga dapat mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi
    kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara satu masa nanti.

    Taklimat Kenali ASEAN telah disampaikan oleh Pemangku Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penerangan, Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar bin Pengiran Haji Sellahuddin yang antara lain menanamkan kesedaran dalam kalangan para pelajar sekolah supaya memainkan peranan sebagai masyarakat ASEAN selaras dengan Moto ASEAN iaitu Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti.

    Semasa program tersebut, para pelajar juga diuji melalui Kuiz ASEAN yang turut diadakan untuk mengenal pasti sejauh mana pelajar-pelajar mengetahui mengenai ASEAN dan peranan pertubuhan dalam membangun negara-negara anggotanya.

    Turut dipromosikan ialah apli-kasi mudah alih We ASEAN yang mengandungi maklumat mengenai ASEAN dan negara-negara anggota, kalendar ASEAN, kuiz, galeri gambar dan video.

    Pemahaman para pelajar diuji menerusi Kuiz ASEAN yang turut diadakan semasa program itu. – Gambar serahan Jabatan Penerangan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...