Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Pelajar SUAMPRIPAHS selami budaya Kesultanan Oman

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JUN – Seramai 18 pelajar, pengetua dan guru dari Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS) hari ini, mengadakan lawatan ke Kedutaan Kesultanan Oman.

    Dalam lawatan itu, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil Al-Maskari mengongsikan aspek-aspek tarikan kebudayaan dan pelancongan Kesultanan Oman seperti lokasi geografinya, keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian landskap, di samping kekayaan budaya dan warisan menarik negara tersebut.

    Semasa lawatan itu, Tuan Yang Terutama telah menyampaikan 12 buah buku bertemakan Oman yang meliputi sastera sejarah, sains sosial, budaya dan lainnya kepada pengetua sekolah.

    Tuan Yang Terutama turut menyentuh beberapa persamaan menarik antara Kesultanan Oman dan Negara Brunei Darussalam, seperti bentuk kepimpinan kesultanan dan aspek budaya serta peradaban lainnya.

    Di akhir pembentangan itu, Tuan Yang Terutama menyatakan bahawa hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara terus diperkukuhkan dan dikembangkan.

    Dalam lawatan tersebut, rombongan pelajar merakamkan penghargaan mereka kepada Kedutaan Kesultanan Oman atas sambutan mesra pihak kedutaan. Mereka menyatakan bahawa lawatan itu memberi mereka peluang untuk menyelami budaya, sejarah, warisan dan geografi Oman.

    Lawatan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kedutaan untuk memupuk hubungan dengan rakyat Brunei yang mesra, dalam rangka diplomasi awam yang dianggap sebagai alat berkesan bagi membantu merumuskan persepsi rakyat terhadap negara dan budaya masing-masing.

    Gambar ramai TYT Sheikh Ahmed bersama para pelajar dan guru mereka semasa lawatan ke Kedutaan Kesultanan Oman. – Gambar serahan Kedutaan Kesultanan Oman
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...