Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Pelajar terpilih terima bantuan

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Projek amal bersama Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei (ASMDB), Kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (KT ABDB), menerusi Jiwaku Ikhlas Edisi ke-10 telah diadakan bermula dengan kembara ke sekolah-sekolah yang menerima sumbangan dari Rimba Kem pagi ini.

    Hadir mengetuai projek tersebut ialah Pegawai Pemerintah ASMDB, Leftenan Kolonel Muhammad Suradzin bin Haji Mohd Yusof dan Hajah Karmila binti Haji Sapar dari Kris Karmila Kreation Co.

    Seramai 41 orang penuntut dari dua buah sekolah di Daerah Brunei dan Muara iaitu Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Salambigar dan Sekolah Menengah Berakas telah terpilih menerima sumbangan melalui projek itu.

    Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk peralatan asas keperluan sekolah termasuk buku, alat tulis, beg sekolah, botol bekalan, pelitup muka, barang makanan asasi dan makanan ringan. Di samping memberikan sumbangan keperluan yang diperlukan, ASMDB juga berperanan sebagai penyelia dalam pengurusan pengangkutan dan tenaga kerja.

    Terdahulu, sebelum meninggalkan Rimba Kem, sijil penghargaan telah disampaikan kepada para penyumbang dan penaja terdiri daripada Kedutaan Besar Republik Islam Iran, Kris Karmila Kreations Co, Krispy Krunchiez, Firoz Jaya Silk House Sdn Bhd, Superwater Marketing Sdn Bhd, CJMM Company Furniture, Kedai Jam Brunei, The Persian Gallery, Phoenix Star, Dapur Qisk, Project Printhub, ASMDB bersama KT ABDB dan orang awam.

    Acara-acara tersebut dilaksanakan mengikut garis pandu Fasa Endemik dan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

    Edisi ke-11 akan dilaksanakan pada bulan Februari 2022 di mana orang ramai adalah dialu-alukan untuk sama-sama memberikan sumbangan dan seterusnya menyokong inisiatif kemasyarakatan ini agar dapat diteruskan di masa akan datang. 

    Salah seorang pelajar menerima sumbangan daripada penaja Projek Jiwaku Ikhlas kelmarin.
    Pelajar bergambar bersama penaja pada majlis sumbangan di Rimba Kem kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...