Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Pelajar UBD kumpul 47 pain darah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Sebanyak 47 pain darah telah berjaya dikumpulkan dalam kempen derma darah yang dianjurkan oleh sekumpulan 10 orang pelajar dari Fakulti Teknologi Berintegrasi (FIT) dan Sekolah Perniagaan dan Perdagangan, Universiti Brunei Darussalam (UBD) di Jerudong Park Medical Centre (JPMC), hari ini.

    Penganjuran kempen dengan kerjasama JPMC itu merupakan sebahagian daripada modul pilihan utama para pelajar berkenaan.

    Ketua kumpulan berkenaan, Awang Mohammad Ashraf bin Nursal ketika ditemui mengongsikan, keseluruhan acara itu adalah sebahagian daripada modul pengurusan universiti dan dengan pasukan yang dikenali sebagai Pint of Smile itu telah memilih kempen derma darah sebagai salah satu aktiviti mereka.

    Ia dihasratkan dapat menyokong tabung darah tempatan seterusnya menambah bekalan stok darah.

    “Pada masa yang sama ia juga sejajar dengan sambutan Hari Senyuman Sedunia dan itulah sebabnya kami menghasilkan nama Pint of Smile yang bermaksud  dengan menjalankan kempen ini, penderma akan membawa kegembiraan kepada mereka yang memerlukan pemindahan darah,” jelasnya.

    Hari Senyuman Sedunia disambut pada Jumaat pertama Oktober untuk menumpukan satu hari untuk tersenyum dan menyebarkan perbuatan baik secara rawak.

    Beliau seterusnya berharap, dengan kempen berkenaan ia akan menjadi contoh ikutan kepada pelajar junior dan seluruh warga UBD untuk mengadakan lebih banyak kempen derma darah pada masa hadapan.

    Salah seorang pelajar semasa menyertai kempen derma darah yang diadakan di JPMC kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...