Pelajar UTB, UNISSA menang hadiah dari TBK

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Pelajar baharu dari Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) memenangi komputer riba dan hadiah lain dengan mengambil bahagian dalam cabutan bertuah yang diadakan oleh Takaful Brunei Keluarga Sdn Bhd (TBK).

Menurut kenyataan yang diterima, cabutan bertuah dibuka kepada pelajar yang mengikuti pelan perlindungan Student Group Term-Life Takaful TBK semasa mereka mendaftar dalam universiti baru-baru ini.

Promosi yang diadakan pada Jun 2020 itu menggalakkan pelajar mengambil bahagian menerusi Pusat panggilan TBK dan WhatsApp untuk mematuhi langkah penjarakan sosial dan fizikal yang bertujuan membendung penularan COVID-19.

Gambar ramai bersama antara pelajar yang memenangi hadiah dalam cabutan bertuah anjuran TBK. – Gambar serahan TBK