Friday, March 24, 2023
26.3 C
Brunei

-

Pelajar wanita boleh kembali bersekolah

MOSCOW, 17 MAC – Pemangku menteri luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi berkata pelajar perempuan akan kembali bersekolah sebaik sahaja isu dalaman di negara itu diselesaikan.

Beliau berkata demikian semasa pertemuan ulama Afghanistan dengan delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE), lapor badan penyiar TOLO News memetik sumber delegasi UAE pada Khamis.

Menurut laporan itu, mesyuarat yang dihadiri menteri bagi kebajikan dan pencegahan maksiat Afghanistan dan timbalan menteri pengajian tinggi itu turut menyentuh isu pendidikan wanita di Afghanistan, lapor Sputnik.

Muttaqi berkata kehadiran wanita ke sekolah tidak dianggap Haram (dilarang) dan tidak dilarang dalam Islam, menurut sumber itu. – Bernama

Pelajar perempuan Afghan belajar membaca ayat Al-Quran di sebuah madrasah di Kabul. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -