Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pelajar wanita dibenarkan bersekolah tidak lama lagi

    KABUL, 16 JAN – Pemerintah baharu Afghanistan, Taliban berkata mereka berharap untuk membuka semua sekolah untuk pelajar perempuan di seluruh negara pada penghujung Mac, menurut jurucakap mereka memberitahu The Associated Press kelmarin, memberikan tempoh masa buat kali pertama bagi menangani permintaan utama daripada komuniti antarabangsa.

    Sejak mengambil alih pemerintahan pada pertengahan Ogos, kebanyakan perempuan Afghanistan dari Tahun 7 dan ke atas tidak dibenarkan untuk kembali ke sekolah. Komuniti antarabangsa, enggan secara formal mengiktiraf pentadbiran Taliban, risau bahawa mereka akan mengenakan tindakan keras sama seperti pemerintahan mereka 20 tahun lalu.

    Pada masa yang sama, wanita-wanita dilarang daripada mengikut pembelajaran, bekerja dan berada di tempat awam atau berada dalam bidang politik.

    Zabihullah Mujahid, timbalan menteri budaya dan maklumat Taliban, berkata jabatan pendidikan mereka bersedia untuk membuka kelas bagi semua perempuan dan wanita selepas Tahun Baharu Afghanistan, yang bermula pada 31 Mac. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...