Pelajari bahasa China

NEW YORK – Mempelajari bahasa Mandarin bagi rakyat bukan China adalah perkara satu perkara yang lazim ketika ini kerana bahasa tertua China semakin meningkat popular dengan kebangkitan mendadak China.

Namun, ia menjadi sesuatu yang luar biasa apabila Lynn Berat, 58, yang memegang dua PhD dari universiti Yale, secara ‘halus’ memaksa sembilan anak perempuannya mempelajari bahasa Mandarin daripada anak damit lagi dengan harapan mereka bersedia untuk berhadapan dengan dunia.

Berat jatuh cinta dengan budaya China ketika beliau memberikan syarahan di Universiti Peking pada awal tahun 1980. Beliau mula menyedari bahawa bahasa China itu pictografik dan sangat berbeza daripada bahasa Indonesia, Eropah.

“Ia memerlukan usaha yang besar daripada bahasa yang menggunakan abjad… warga China kelihatan mempunyai sesuatu yang anak-anak saya harus mempelajarinya sedari kecil. Jika mereka ingin mempelajarinya, mereka perlu berbahasa bilingual sepenuhnya dan kami sedang berusaha,” kata Berat memberitahu kepada Xinhua.

Berat mencipta persekitaran berbahasa Mandarin tulen daripada lahir lagi kepada anak-anaknya yang kini berusia 11 hingga 19 tahun. Daripada pengasuh yang berbahasa Mandarin, bahasa bilingual, iaitu bahasa China dan Inggeris di tadika dan sekolah rendah, termasuk beberapa kursus tambahan seperti tarian China, peralatan muzik dan paduan suara.

Anak perempuan Berat sedang belajar bahasa China. – Xinhua

“Kehidupan mereka sememangnya seperti penduduk China setiap masa. Tinggal di New York adalah satu kemungkinan untuk menyemai bahasa China dan budayanya dalam diri mereka,” kata Berat.

Di kawasan metropolitan New York merupakan kediaman penduduk China yang sangat banyak di luar Asia dengan anggaran seramai 800,000 warga China Amerika.

Lebih menariknya, anak Berat yang paling muda, iaitu anak kembar, Logan dan Lachlan menghadiri bahasa bilingual pra-tadika pada usia 4 tahun, keduanya telah lulus ujian bahasa China dengan mudah namun gagal dalam ujian bahasa Inggeris.

Ia adalah perkara yang sangat tidak teratur untuk kanak-kanak yang bahasa ibunda ibu bapa mereka adalah bahasa Inggeris. Mereka akan dihantar ke sekolah untuk kanak-kanak yang mempunyai ‘ketidakupayaan pembelajaran’ jika guru dan guru besar mereka tidak mengetahui jalan cerita kakak mereka yang lebih tua.

“Saya harus mengatakan bahawa anda tidak mempunyai idea betapa bangganya saya dengan mereka, mereka telah berusaha sedia upaya dengan otak mereka demi bahasa China, ia seperti menunjukkan tahap komitmen kepada kami sebagai warga China.”

Selain bahasa China, anak-anaknya juga mempelajari bahasa Sepanyol dan Perancis. Mereka juga boleh menuturkan bahasa Albania, iaitu bahasa ibunda Berat.

Beliau meletakkan bahasa Mandarin sebagai keutamaan kepada anak-anaknya kerana beliau mempunyai pemikiran yang mendalam dan mengatakan, “Saya amat yakin bahawa perubahan dalam ciptaan teknologi pada abad ini adalah abad dunia.

Untuk menjadi penduduk dunia, anda perlu mengenali dunia, mempelajari banyak bahasa dan budaya yang anda tahu secara intim, yang lebih sesuai untuk anda. Harapan saya kepada mereka adalah supaya mereka akan menjadi penduduk dunia dan kami mendorong mereka ke arah itu,” katanya.

Beliau berasa dirinya seperti ibu harimau kerana beliau berjaya mengajar anak-anaknya untuk terus mempelajari bahasa China.

Mereka juga tidak mengadu kerana mereka tahu ia sememangnya tidak ada harapan sebaliknya. Walau bagaimanapun, mereka berjaya melakukannya.

“Ia bukan sahaja mempelajari daripada buku teks. Anda tahu ia seperti sudah berada dalam kehidupan mereka sehari-hari. Rakan-rakan mereka juga adalah warga China. Mereka juga menyertai pertandingan pengetahuan budaya China,” kata Berat yang mempunyai perasaan minat yang sangat kuat terhadap budaya dan sejarah China.

Anak Berat yang pertama, Lindsay belajar politik antarabangsa bahasa China sebagai pelajar tahun dua di kolej Shanghai, Universiti New York. Beliau bercita-cita mencari pekerjaan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu selepas tamat pengajian.

“Saya sangat berterima kasih kepada ibu saya. Mempelajari bahasa Mandarin telah membuka jalan kepada hidup saya dan memberikan saya banyak peluang daripada orang lain untuk merasai dunia ini,” kata Lindsay. – Xinhua