Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Pelajari bahasa isyarat: Penting atau tidak?

    Komunikasi merupakan salah satu perkara yang penting dalam kehidupan harian. Tanpa komunikasi kita tidak akan tahu mengenai sesuatu mahupun memberitahu orang lain tentang sesuatu.

    Namun, di dunia ini tidak semua yang dilahirkan sempurna kerana sesetengah golongan terdiri dari golongan kelainan upaya sama ada yang mengalami masalah pendengaran ataupun masalah percakapan. Justeru, timbul satu persoalan, bagaimana kita dengan mudah berinteraksi dengan mereka?Setentunya adalah menggunakan bahasa isyarat.

    Tetapi penggunaan dan kefahaman bahasa isyarat kurang di kalangan masyarakat pada ketika ini. Sehinggakan mengalami kesukaran ketika berinteraksi dengan mereka yang mengalami kekurangan sebagai contoh berinteraksi ketika berurusan berkaitan dengan pekerjaan atau ketika berlakunya kecemasan.

    Kita masing-masing berlumba-lumba untuk mempelajari bahasa-bahasa asing sedangkan bahasa isyarat ini boleh dianggap penting untuk dipelajari. Mungkin terdapat inisiatif telah dilakukan untuk memperkasakan bahasa isyarat di negara ini namun kurang mendapat sambutan daripada orang ramai. Pada pendapat saya, mungkin orang ramai merasakan bahasa isyarat ini tidak begitu penting dan hanya digunakan pada waktu-waktu tertentu. Bagaimanapun, bahasa isyarat ini penting dipelajari setara dengan bahasa-bahasa lain. Lagi pula tidak menjadi kesalahan jika kita mempelajarinya kerana boleh saja menambah ilmu dalam diri.

    Justeru, untuk meningkatkan kesedaran menguasai bahasa isyarat ini pihak relevan perlu mengadakan banyak lagi bengkel dan kelas bahasa isyarat yang dibukakan kepada orang ramai. Dengan memperkasa bahasa isyarat ini bukan saja memudahkan komunikasi namun dapat meningkatkan kesejahteraan dan perpaduan bangsa.

    Ahli Teropong

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...