Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Pelajar-pelajar Tahun 12 Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), baru-baru ini, menghadiri taklimat mengenai ‘Kerjaya dalam Undang-undang’ yang disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Peguam Negara.
Taklimat disampaikan oleh Valencia Lai dari Bahagian Sivil dan Dayangku Hazirah binti Pengiran Mohd Yusof dan Pengiran Hajah Nor Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin dari Bahagian Keadilan Jenayah.
Ia bertujuan untuk memberi pelajar gambaran keseluruhan mengenai profesion seorang peguam.
Dianjurkan bersama oleh Fakulti Pendidikan Tinggi JIS dan Jabatan Peguam Negara, taklimat itu merupakan sebahagian daripada inisiatif jabatan untuk menggalakkan pelajar meneruskan pengajian mereka dalam jurusan undang-undang.
