Pelajari tatacara sembahyang sempurna

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang tatacara sembahyang yang betul dan sempurna, Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Serdang menganjurkan Bengkel Menghalusi Sembahyang dan yang berkaitan dengannya yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Perasmian bengkel yang berlangsung di masjid berkenaan telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

Bengkel disertai oleh para belia masjid, ahli-ahli jawatankuasa takmir dan jemaah masjid yang terdiri daripada penduduk di sekitar Kampung Serdang, Sungai Belukut dan Sungai Matan.

Penganjuran bengkel berkenaan juga merupakan usaha masjid untuk mengimarahkan dan memakmurkan masjid dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Para peserta juga diharap akan dapat mengamalkan apa yang telah dikongsikan semasa bengkel itu.

Antara yang menyertai bengkel tiga hari di Masjid Kampung Serdang.