Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    ‘Pelakon baharu demand dan besar kepala!’

    Isu pelakon baharu yang bersikap demand dan tidak berdisiplin ketika berada di set penggambaran sering kali diperkatakan dalam kalangan penggiat seni tempatan.

    Bukanlah isu baharu, pelakon Rashidi Ishak berpendapat hal itu merupakan perkara biasa yang kerap berlaku dalam industri seni.

    “Dari dahulu lagi perkara ini sudah berlaku. Ketika saya mula sertai industri seni pun sudah ada pelakon yang demand dan mula merasakan diri mereka bagus. Sekarang ini orang mengatakan jumlah pengikut di media sosial menjadi isu sedangkan ia merupakan perkara biasa. Sebelum ini mana-mana pelakon yang mukanya kerap keluar majalah akan terima banyak tawaran kerja.

    “Rasanya stesen televisyen sekarang ini cuba untuk imbangkan perkara tersebut. Tidak ada masalah nak ambil sesiapa pun berlakon jika seseorang itu berbakat,” katanya kepada mStar.

    Rashidi mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran drama Hantu Raya Pergi Perang di RexxKL, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Pernah berhadapan dengan situasi pelakon baharu yang besar kepala, Rashidi, 49, bagaimanapun berkata dia tidak mahu terlalu terbuka dalam memberi teguran.

    Dia turut menasihatkan rakan artis supaya lebih memahami kehendak pasaran semasa dan tahu untuk menonjolkan diri dalam industri seni.

    “Banyak kali saya lalui pengalaman pelakon baharu bermasalah. Saya hanya akan tegur jika saya ialah pengarah atau penerbit sesebuah projek. Kalau kami sama-sama berlakon, lebih baik diam sahaja,” ujarnya. – Agensi

    Rashidi sedar isu pelakon demand sudah lama berlaku. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...