Pelakon Bollywood Irrfan Khan meninggal dunia

Pelakon Bollywood Irrfan Khan meninggal dunia di sebuah hospital di Mumbai, India, pada Rabu akibat kanser.

Pelakon filem Life of Pi  dan Slumdog Millionaire yang berusia 54 tahun itu didiagnosis menghidap tumor neuroendokrin pada tahun 2018.

Beliau dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani selepas terdapat jangkitan kuman pada usus.

“Hari ini kita kehilangan bahawa Irrfan sudah meninggal dunia. Dia mempunyai jiwa yang kuat, seseorang yang berjuang hingga akhir dan selalu memberi inspirasi kepada orang lain.

“Selepas peristiwa disambar petir pada 2018, dia bertarung pula dengan kanser. Dia bertarung dengan banyak kesakitan.

“Kita berdoa dan berharap dia tenang,” ujar satu kenyataan wakil keluarga. Irrfan juga baru kehilangan ibunya empat hari lalu. – Agensi

Irrfan Khan meninggal dunia akibat kanser. – Agensi